Cabaran dan masa depan

Cabaran:

  • Faktor modenisasi juga menjadi cabaran bagi rawatan berdiang kerana pada zaman yang serba canggih dan moden ini, wanita akan lebih mengunakan peralatan yang mudah seperti pengunaan pil atau heater dan ini akan menyebabkan rawatan tradisi berdiang itu semakin pupus. Tambahan lagi, jika wanita tersebut mempunyai kualiti hidup yang tinggi.
  • Penyediaan bahan untuk mengamalkan rawatan berdiang adalah rumit dan mengambil masa. Ini menyebabkan wanita sekarang lebih suka mengambil cara mudah untuk berdiang iaitu dengan mengunakan teknologi moden seperti penggunaan "heater" atau set produk seperti pil.
  • Cabaran yang lain pula adalah mengenai keselamatan. Cara berdiang atau bersalai yang tradisi mempunyai tahap keselamatan yang sederhana kerana bahan-bahan lengkap berdiang atau bersalai tradisi itu hanya disimpan di atas lantai ketika mengunakannya. Bahang api yang kuat boleh menyebabkan lantai hangus atau tin yang digunakan juga hangus jika tidak diawasi sekerapnya dan juga bahang api yang kuat boleh menyebabkan kulit melecur. 

Masa depan:
  • Untuk melatih generasi baru atau generasi yang akan datang agar sentiasa mengamalkan rawatan berdiang atau bersalai untuk kesihatan dan juga bagi melestarikan tradisi rawatan ini. 
  • Menyakinkan generasi baru bahawa rawatan berdiang atau bersalai secara tradisi adalah selamat dengan pengawasan yang baik juga. Ini terbukti apabila responden pengkaji menyatakan bahawa rawatan berdiang ini harus diteruskan dan diamalkan.