Perkembangan rawatan berdiang atau bersalai ini adalah bermula dengan penggunaan arang atau kayu. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu belum ada lagi teknologi yang mudah. Mereka lebih menjurus bagi menggunakan bahan-bahan semulajadi yang ada di sekeliling mereka seperti kayu, tanah serta pasir yang boleh mereka dapatkan dengan mudah. Tambahan lagi pada zaman dahulu manusia lebih mempercayai penggunaan yang
natural. Namun, apabila zaman mula berubah iaitu menjadi zaman yang serba canggih dan moden ini, penggunaan tempat berdiang seperti tin atau pasu itu diganti pula dengan teknologi yang moden yang hanya memerlukan kuasa eletrik bagi menghidupkan alat tersebut seperti
heater. Terdapatnya beberapa jenis
heater yang digunakan. Di antaranya:
|
Di antara jenis-jenis heater |
Oleh kerana terdapatnya teknologi yang moden ini, penggunaan arang atau kayu untuk rawatan ini menjadi kurang. Tambahan lagi bahan-bahan yang digunakan untuk berdiang atau bersalai yang secara tradisinya menjadi sukar bagi wanita yang hendak berdiang atau bersalai kerana ia memakan masa dan tenaga untuk menyediakan bahan-bahannya. Oleh kerana itu, wanita kini lebih memilih untuk mengunakan
heater berbanding mengunakan cara tradisi iaitu mengunakan arang atau kayu. Terdapatnya juga teknologi mengunakan tilam yang dinamakan tilam "
b-ion" yang juga boleh membantu untuk membuat rawatan berdiang atau bersalai ini kerana terdapatnya elemen pemanasan di dalam tilam tersebut. Perkembangan ini juga mungkin disebabkan faktor keselamatan kerana bahang api daripada arang yang dibakar boleh menyebabkan melecur kulit. Terdapatnya juga pengunaan set rawatan kesihatan bagi mengantikan rawatan berdiang atau bersalai ini seperti produk "Salindah" dan "Bio-dex". Akan tetapi ada juga sesetengah wanita yang masih lagi mengamalkan rawatan berdiang atau bersalai secara tradisi iaitu mengunakan arang atau kayu untuk meneruskan amalan tradisi yang diwarisi sejak dari dulu lagi.