Rawatan tradisi berdiang ini memerlukan beberapa bahan untuk melakukan rawatan tersebut. Di antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
Cara menyediakan bahan-bahan:
Dimulakan dengan menyediakan tin yang diberi lubang di tepinya untuk memasukkan bahan-bahan berdiang yang lain. Setelah memberi lubang, pasir atau tanah pula ditaburkan atau dimasukkan di dalam tin tersebut. Ini bertujuan supaya tin itu tidak hangus atau tidak terbakar dan juga bagi keselamatan kerana bahang api yang kuat boleh menyebabkan kulit melecur. Seterusnya pula, memasukkan arang atau kayu dan disimpan diatas pasir atau tanah. Akhirnya, arang atau kayu tersebut dibakar dan tin yang telah diisi dengan bahan-bahan yang lengkap itu tadi akan diletakkan di belakang wanita yang hendak berdiang. Jaraknya adalah 1/2 meter dari anggota badan wanita tersebut.
Cara berdiang:
Wanita (selepas bersalin) perlu berbaring (melimpang) dan menyiring dengan membelakangkan bara api. Bahagian belakang wanita itu, dari paras leher ke pinggul, akan disapu minyak berubat oleh pembantu atau bidan setiap kali wanita tersebut terasa panas akibat bahang bara tersebut. Minyak berubat yang digunakan itu dicampur kunyit serta garam. Sedang wanita tersebut itu berdiang atau bersalai, setiap 1 jam wanita itu akan diberi minum air rebusan halia dengan sukatan suku cawan. Ini kerana wanita yang melakukan rawatan berdiang akan merasa haus dan penggunaan halia dalam air tersebut adalah untuk keberkesanan rawatan yang baik. Rawatan ini dilakukan setiap hari dalam tempoh pantang, iaitu dalam jangka masa 30-40 hari.
Tin kosong adalah salah satu di antara tempat bahan-bahan berdiang seperti pasir, arang atau kayu disimpan. | Pasir atau tanah adalah berfungsi untuk menjadi bahan alas supaya tin atau bekas yang digunakan tidak hangus. |
Arang atau kayu pula menjadi bahan utama dalam rawatan berdiang atau bersalai yang disimpan setelah pasir ditabur atau dimasukkan ke dalam tin atau bekas yang lain. | Api juga menjadi bahan utama untuk membakar arang dan seterusnya rawatan berdiang boleh dilakukan. |
Cara menyediakan bahan-bahan:
Dimulakan dengan menyediakan tin yang diberi lubang di tepinya untuk memasukkan bahan-bahan berdiang yang lain. Setelah memberi lubang, pasir atau tanah pula ditaburkan atau dimasukkan di dalam tin tersebut. Ini bertujuan supaya tin itu tidak hangus atau tidak terbakar dan juga bagi keselamatan kerana bahang api yang kuat boleh menyebabkan kulit melecur. Seterusnya pula, memasukkan arang atau kayu dan disimpan diatas pasir atau tanah. Akhirnya, arang atau kayu tersebut dibakar dan tin yang telah diisi dengan bahan-bahan yang lengkap itu tadi akan diletakkan di belakang wanita yang hendak berdiang. Jaraknya adalah 1/2 meter dari anggota badan wanita tersebut.
Cara berdiang:
Wanita (selepas bersalin) perlu berbaring (melimpang) dan menyiring dengan membelakangkan bara api. Bahagian belakang wanita itu, dari paras leher ke pinggul, akan disapu minyak berubat oleh pembantu atau bidan setiap kali wanita tersebut terasa panas akibat bahang bara tersebut. Minyak berubat yang digunakan itu dicampur kunyit serta garam. Sedang wanita tersebut itu berdiang atau bersalai, setiap 1 jam wanita itu akan diberi minum air rebusan halia dengan sukatan suku cawan. Ini kerana wanita yang melakukan rawatan berdiang akan merasa haus dan penggunaan halia dalam air tersebut adalah untuk keberkesanan rawatan yang baik. Rawatan ini dilakukan setiap hari dalam tempoh pantang, iaitu dalam jangka masa 30-40 hari.
Cara berdiang |