Seperti yang telah dijelaskan dalam pengenalan, terdapatnya beberapa pendapat yang mengatakan bahawa rawatan berdiang atau bersalai ini sama dengan rawatan bertangas. Tetapi pengkaji menunjukkan apakah perbezaan diantara keduanya.
Rawatan bertangas- membantu mengeringkan saluran sulit serta mengelakkan peranakan dari kudis, luka, kulat dan keputihan yang berbau dan juga membantu menyembuhkan luka dan jahitan agar cepat sembuh. Ia dilakukan pada hari ke 31, 32 dan 33 iaitu dalam hari berpantang 40 hari.
Rawatan bertangas- membantu mengeringkan saluran sulit serta mengelakkan peranakan dari kudis, luka, kulat dan keputihan yang berbau dan juga membantu menyembuhkan luka dan jahitan agar cepat sembuh. Ia dilakukan pada hari ke 31, 32 dan 33 iaitu dalam hari berpantang 40 hari.
Ramuan tangas:
- 9 keping asam gelugur
- 2 camca besar garam jantan
- 3 helai daun sirih (Piper betel)
- segenggam inai (Lawsonia terma)
- halia sebesar ibu jari (Zingiber officinale)
- 3 biji manjakani
Caranya: rebus semua bahan bersama air hingga mendidih. Angkat dan tangas sehingga kira-kira 20minit. Untuk mendapatkan hasil yang baik, ia dilakukan 2-3 kali sehari sehingga 44 hari. Air yang sudah sejuk jangan dibuang tetapi digunakan untuk mencuci bahagian sulit. Ketika bertangas, asapnya dikurung di dalam kain (sambil berdiri atau duduk diatas kerusi). Mengikut orang tua-tua, fungsinya adalah untuk membuang angin.
--------------------------------------------------------------------------
Rawatan berdiang/bersalai- mengunakan bara api atau wap panas. Ia mengelakkan sakit pinggang, bisa urat saraf serta otot badan dan mempercepatkan kecut peranakan. Rawatan berdiang atau bersalai ini dilakukan ketika berbaring atau tidur di atas tilam atau katil yang diletakkan di belakang badan wanita itu. Apabila bersalai, wanita itu akan merasa haus dan banyak minum air. Dengan itu, ia dapat mengeluarkan toksin dari badan dan wanita itu akan cepat merasa sihat. Sekarang, berdiang atau bersalai ini dapat dibuat di atas tilam "b-ion", iaitu tilam yang ada batu-batu jade dan dipanaskan dengan kuasa elektrik dan juga penggunaan set produk seperti pil yang diproses sebelumnya.
Variasi bagi rawatan berdiang yang juga dikenali sebagai bersalai yang dikatakan mempunyai fungsi yang sama ini turut diamalkan oleh wanita Melayu. Dalam aturcara bersalai, ibu bersalin akan berbaring di atas pangkin atau ranjang buluh, dan bara diletakkan di bawah ranjang tersebut. Rawatan ini dilaksanakan seawal waktu subuh. Prosedur ini menghangatkan tubuh dan menyebabkan ibu kehausan. Bagaimanapun, ibu tidak dibenarkan mengambil minuman selain air rebusan halia, dengan jumlah yang terhad mengikut sela waktu yang ditetapkan. Ini jelas bahawa rawatan berdiang dan bersalai itu adalah mempunyai fungsi yang sama.
Bagi wanita kaum Iban, mereka mengunakan kayu untuk unggun api dan mestilah dari jenis kayu yang baik. Diantara kayu yang lazim digunakan ialah kayu malam, manding atau langsat. Kayu-kayu ini juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit wanita yang baru bersalin. Jika kayu yang digunakan untuk berdiang tersebut basah atau dari jenis beracun, dibimbangi asapnya akan memudaratkan Si ibu dan Si anak.
Bagi wanita kaum Kedayan pula, mereka mengunakan kayu Kulimpapa dari buluh atau bamboo. Kayu Kulimpapa tersebut dipotong-potong kecil yang dinamakan "belaman" sebelum dibakar dan digunakan untuk rawatan berdiang atau bersalai.
Penggunaan rawatan berdiang atau bersalai hanya dilakukan untuk wanita selepas bersalin manakala rawatan bertangas pula boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja dan menurut responden, amalan bertangas ini seringkali digunakan oleh perempuan yang hendak berkahwin sahaja.