Kesimpulan

Teknologi rawatan berdiang atau bersalai ini telah berubah mengikut perubahan zaman. Pada masa dahulu hanya menggunakan kayu atau arang untuk berdiang atau bersalai. Sekarang mereka hanya menggunakan heater atau set produk kesihatan seperti pil. Rawatan berdiang atau bersalai ini diamalkan oleh wanita yang baru lepas beranak atau bersalin untuk mengecutkan peranakan yang dilakukan dalam tempoh masa pantang 40 hari. Tetapi, rawatan tradisi berdiang ini kurang diamalkan lagi kerana kebanyakan wanita pada masa ini mempunyai kerjaya dan tidak mempunyai masa untuk mengamalkannya lagi. Walaubagaimana pun, amalan rawatan tradisi ini terus bertahan walaupun adanya teknologi yang canggih pada masa kini. Ini kerana masyarakat Melayu Brunei percaya akan keberkesanan rawatan perubatan berdiang atau bersalai.